Saturday, 26 November 2016

Ingin Mendapat Pendapatan Tanpa Had Sebagai Agent Di Public Mutual Hubungi SAIFUL 012-2328501


















Adakah anda menghadapi masalah dibawah
~ Diberhentikan kerja?
~ Harga barang naik, mane nak cari duit lagi?
~ Kereta anda hampir kena tarik?
~ Masalah kewangan?
~ Hutang bank tinggi?
~ Perniagaan merosot?

BERTINDAK SEKARANG dgn mengambil peluang dlm industry Unit Amanah PART TIME. senang ya
Ingin membina karier dan pendapatan tanpa had dalam bidang Unit Amanah? Capai pendapatan 5 angka sebulan.

Kami daripada syarikat Unit Trust No. 1 di Malaysia ingin mencari sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pendapatan tambahan sebagai Agen Unit Amanah..

Karier ini sgt2 senang, antara KELEBIHAN bisnes ni majoriti customer tak perlu keluarkan cash satu sen pun..hanya sign borang dan santai dengan customer.

Bisnes sign2 borang ni mudah..customer memang cari tempat untuk gandakan duit diorang tak perlu keluar cash pun..hanya sign borang je.

Komisen anda stabil dan lama hingga boleh sampai 30thn sbb customer mencarum sampai pencen. Mudahnya bisnes ni...ambil lesen- pergi training- share dengan customer- terpaksa terima bonus setiap bulan.

Sistem pangkat dlm Unit Amanah ini ikut performance, tak ada politik atau bias. Naik pangkat tak perlu apply atau interview, ia naik automatic jika capai requirement. Untuk yang ada pengalaman dlm bidang perbankan, insurans, takaful dan pemasaran peluang anda untuk naik terus ke agency manager amat mudah tanpa tekanan dan kerja yang banyak dari pihak atasan, disinilah anda boleh membina kerjaya dengan senang dan bergaya.

Dalam industry ini ada 4 pangkat.
Consultant biasa
Supervisor
Manager
Group Agency Manager(GAM)

GAM ni kira macam General Manager kalau dalam company2 besar, tapi bezanya GAM tak ada limit gaji bulanan..ramai GAM dpt lebih 100k sebulan.

Ganjaran yang sangat best dlm company ni anda akan dapat KARIER BENEFIT setiap bulan seperti duit PENCEN kita.


















MANFAAT:
1. Berpeluang membina empayar perniagaan dlm pelaburan shariah dan kewangan.
2. 8 jenis pendapatan boleh dicapai
3. Komisen + bonus tanpa had setiap bulan
4. Training percuma tersedia.
5. Peluang pendapatan pasif setiap bulan
6. Masa kerja yang fleksible, santai dengan client buat duit.
7. Ada bonus pencen setiap bulan.
8. Kerjaya yang boleh diwariskan kepada ahli keluarga.
9. Peluang mengembara luar negara.
10. Mudah naik pangkat tanpa tekanan/bias pihak atasan.

SYARAT KELAYAKAN:
1) Kelulusan minimum pendidikan SPM (3 credit dlm mana2 mata pelajaran).
2) Warganegara Malaysia berumur 26 tahun ke atas.
3) Matang, berwawasan , bermotivasi tinggi dan pandai berkomunikasi.
4) Mempunyai perwatakan menarik.
5) Mesti ada kenderaan sendiri.
6) Cenderung ke arah berniaga sendiri (usahawan - bukan makan gaji).
7) Mereka yang tidak ada pengalaman dlm bidang ini akan dilatih sehingga pandai melalui kelas yang diberi secara percuma oleh mentor yg sgt berpengalaman. (duplicate sahaja)

Peluang dipelawa bagi mereka dikawasan Shah Alam, Klang, Puchong, Damansara, bangsar dan seremban.

Hubungi Call : Saifulzain 010 2116326
Email resume : saif.empire@gmail.com
Fb : facebook.com/saiful zainuddin

www.wasap.my/60122328501/sayanakextraincome

Sunday, 11 January 2015

KINI SESIAPA BOLEH MELABUR!!

Tambah pelaburan persaraan epf anda dengan membuka pelaburan tunai serendah rm 100 dengan public islamic dividen fund. Kini, semua boleh melabur dan peluang gandakan wang anda...

PELUANG KEPADA PERUNDING TERBUKA LUAS..

Sunday, 14 December 2014

Kekuatan Fizikal, Mental Dan Pembelajaran Berterusan

Bidang jualan merupakan bidang yang mencabar. Pernahkah anda bermain permainan video yang penuh dengan halangan dan cabaran. Perumpamaan yang suka saya gunakan. Kita teruja dengan permainan video seperti Doom, Counter Strike, Mercenaries dan pelbagai lagi. Permainan yang penuh dengan halangan, mempunyai matlamat kemenangan misi. Kekuatan minda digunakan sepenuhnya agar kita tidak putus asa untuk menang dalam setiap misi hingga misi terakhir. Kekuatan fizikal memerlukan kita berjam-jam mengadad permainan video tersebut agar kita boleh menang untuk setiap misi yang penuh dengan cabaran dan halangan.

Kejayaan seseorang dalam bidang jualan, adalah kerana bukan dia lebih bijak, lebih kacak, lebih cantik tetapi kerana dia mempunyai 3 perkara penitng ini iaitu:
Kekuatan mental
Kekuatan fizikal
Kesediaan untuk belajar

Kekuatan mental amat diperlukan agar kita tidak mudah putus asa, kecewa, hilang semangat. Ini kerana seperti treat saya yang lepas 1001 ragam klein akan kita temui. Sales person yang mempunyai kekuatan minda akan sering mengatakan "tak apa, kalau dia tak nak membeli perkhidmatan aku, ada ramai lagi yang ada yang boleh aku jumpa" " Alah, ini baru 9 orang reject aku, mungkin orang yang kesebelas akan beli perkhidmatan aku" " Takpe aku masih ada ramai lagi prospek klien yang boleh aku approach". Setiap halangan yang ditemui, sentiasa dipatahkan dengan kata-kata optimis. Mereka percaya dengan Hukum Purata. Dimana daripada 10 klien yang ditemui kebiasaan tidak semua membeli, mungkin 1 atau 2 orang yang membeli. Maka untuk close 10 sales mungkin kita perlu berjumpa dengan 100 klien. Sales person yang tidak mempunyai kekuatan mental yang kuat sering kecundang dalam kerjaya ini. Jika anda hendak berjaya dalam kerjaya yang hebat ini, mental anda harus juga hebat. Kita perlu sentiasa optimis terhadap halangan dan cabaran yang dihadapi. Selama saya berada dalam bidang ini, saya melihat bidang ini juga yang telah menaikkan seseorang menjadi Jutawan, orang kaya, dan juga menjatuhkan seseorang. Kejatuhan seseorang untuk menang dalam kerjaya ini bukan kerana perkhidmatan atau produk yang dibawa, tetapi kegagalannya untuk menguatkan kemampuan mentalnya. Kebiasaannya mereka ini mempunyai sifat berhati-hati, tidak berani mengambil risiko, terlalu analatical sering membuat andaian awal), tidak berani untuk membuat keputusan, suka berada pada zon selesa.

Kekuatan fizikal juga penting bagi sales person, kerana kerjaya ini memerlukan kita bekerja tidak kira masa, pada sesuatu masa kita perlu berjumpa klien pada lewat malam dan keesokan harinya seawal jam 8 pagi kita juga ada pertemuan lain. Pengambilan makanan sihat dan multi vitamin amat diperlukan agar fizikal kita sentiasa bersedia untuk bekerja.

Kesediaan untuk belajar juga merupakan aspek penting yang perlu ada bagi seseorang sales person. Mengapa? kerana kita berurusan dengan manusia. Setiap manusia mempunyai keunikan sendiri, perbezaan budaya, komunikasi, pengurusan, sifat, sikap dan tabiat. Keperluan penting bagi kita mempelajari berkenaan product knowledge tetang apa yang kita hendak perkenalkan, persaingan, pengurusan, pemasaran, startegi jualan, komunikasi dan pelbagai lagi. Justeru, pembelajaran berterusan perlu ada bagi diri seseorang sales person. Menghentikan niat untuk belajar, akan menghentikan volume jualan kita kerana manusia semakin lama semakin kompleks.

Friday, 12 December 2014

Kisah Kejayaan Unit Trust Consultant Public Mutual

Sumber : Utusan Malaysia 12 Mac 2007

SEBAHAGIAN daripada kita mungkin pernah dilanda rasa bosan dengan pekerjaan yang dilakukan. Berpuluh tahun melakukan rutin sama sehingga kadangkala bagaikan ‘mengheret’ kaki ke pejabat setiap pagi.

Terikat dengan pelbagai komitmen, keinginan untuk berubah kerjaya kerap terbantut apatah lagi apabila gagal mencari kerjaya lain yang sesuai.

Begitupun, bak kata Pengurus Agensi Kumpulan (GAM) Public Mutual, Azizah Saad, 39, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risiko, terpulang kepada kemahuan dan keazaman untuk menjayakannya.

Ini juga adalah antara kunci kejayaan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, Sharifah Aisyah Akmal Syed Ahmad Akmal, 14, Syed Aiman Akmal, 12, dan Syed Aniq Akmal, sehingga meraih gelaran sebagai perunding unit amanah nombor satu bagi bumiputera dan ke dua terbaik bagi keseluruhan di Public Mutual.

Ikuti temu bual bersama wartawan, Siti Zaleha Jorimai dan jurugambar, Halim Khalid bersama wanita cemerlang ini.

Apakah sebenarnya unit amanah?
Azizah: Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain. Pengurus pelaburan yang pakar kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut.

Apa pula peranan perunding unit amanah (UTC) seperti anda?
Secara profesionalnya, kami bolehlah dikatakan perunding perancang kewangan. Kami membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).

Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang bersesuaian dengan individu tersebut.

Kami sekadar memberi panduan. Pilihan dan bentuk simpanan masih terpulang kepada individu berkenaan. Memanglah pelaburan yang dibuat ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya amatlah rendah dan kita boleh mengendalikan risikonya dengan baik

UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.
Mungkin anda ada panduan dalam memilih unit amanah yang terbaik?

Pertamanya, individu tersebut perlu memahami objektif simpanan tersebut sama ada untuk pendidikan, pembelian harta, simpanan untuk hari tua dan sebagainya. Seterusnya, mereka mesti bijak mencari syarikat pengendali unit amanah yang konsisten dalam memberi pulangan dan keuntungan.

Komitmen seorang UTC juga penting bagi individu tersebut mendapat khidmat nasihat yang terbaik terhadap pelaburan mereka.

Bagaimana mahu dari segi membina kerjaya sebagai UTC berjaya?
Kerjaya ini menjanjikan pendapatan mengikut seberapa banyak anda mahu. Apa yang penting kesungguhan dan kesanggupan untuk berkerja keras kerana kerjaya ini adalah perniagaan anda dengan modal serendah RM247.50 (yuran peperiksaan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia sebagai lesen menjadi UTC).

Dalam pada masa sama, pastikan syarikat yang disertai mempunyai catatan rekod yang cemerlang dan konsisten dalam memberi keuntungan kepada perunding dan pelabur.

Bagi saya ada tiga kunci utama untuk berjaya dalam bidang ini iaitu komitmen, boleh menerima tunjuk ajar dan keinginan atau kemahuan yang tinggi. Dengan ketiga-tiga ciri ini sesiapa pun boleh buat tidak kira lepasan universiti atau lulus sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (kelayakan minimum).

Boleh ceritakan perjalanan anda dalam mencapai kejayaan seperti sekarang?
Selepas tamat kursus kesetiausahan di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) pada 1989 saya sempat bekerja sebagai setiausaha di bank. Sekian lama bekerja di situ, saya sedar kerja makan gaji tidak membawa saya ke mana-mana.

Saya kuat percaya untuk kaya hanya dengan berniaga. Dalam Islam sendiri menyebut sembilan daripada 10 rezeki melalui perniagaan.

Sebenarnya, dari zaman sekolah lagi saya sudah pandai cari duit sendiri. Saya bekerja di restoran dengan umpah RM4. Keluarga saya orang susah, bapa kerja nelayan dan emak pula suri rumah. Abang dan kakak saya tidak berpeluang bersekolah tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada adik-adiknya mendapat pendidikan yang lebih baik.

Ketika ditawarkan masuk ITM, berdikit-dikit ayah kumpul duit untuk bayar yuran dengan dibantu abang. Masa di kolej juga saya cuba cari duit sendiri. Saya ‘ambil upah’ mencuci rambut kawan-kawan, dapat 50 sen seorang, lepaslah duit makan. Saya pernah juga beli nasi lemak di luar kemudian saya jual balik pada kawan-kawan di kolej dengan mengambil untung sedikit.

Walaupun apa yang saya lakukan nampak kecil, sebenarnya ia memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada saya terutama dalam memahami dunia perniagaan.

Sebelum menyertai unit amanah, segala bentuk perniagaan saya buat daripada jualan langsung hingga kepada menjadi agen insurans. Ketika itu walaupun tidak mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, saya beranikan diri menegur dan menghubungi sesiapa saja yang berpotensi menjadi pelanggan saya. Cubaan menjadi agen insurans berhasil sehingga meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Ketika itu saya mengambil keputusan berhenti kerja tetap kerana tidak mampu mengimbangi dua pekerjaan sekali gus.

Ketika situasi insurans kurang memberangsangkan disebabkan kejatuhan ekonomi pada 1998, pendapatan saya merosot sehingga ke RM1,500. Saya nanik, tetapi bernasib baik mendapat peluang menjadi UTC selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.

Apakah cabaran yang dihadapi selepas menyertai unit amanah?
Saya menyertai bidang ini dengan pengetahuan yang kosong dan tak tahu apa yang saya jual. Namun, saya punya keinginan yang kuat dan berusaha mendalami setiap aspek perniagaan ini.

Selepas melalui saat jatuh bangun, Alhamdulillah, berkat kerja keras dan kesungguhan akhirnya berhasil. Pada tahun lepas saja jualan kumpulan saya mencecah RM122 juta. Saya mempunyai seramai 200 UTC dan seorang GAM terus di bawah saya.

Saya menyimpan cita-cita untuk menghasilkan 50 GAM dalam tempoh 10 tahun lagi. Saya yakin ia mampu dicapai jika ada kesungguhan dan keazaman.

Apa resipi kejayaan anda sehingga ke tahap sekarang?
Sebagai UTC , pertama sekali sanggup berhadapan dan menerima risiko ditolak. Saya selalu ingatkan kepada anak-anak didik saya bahawa penolakan bukanlah sesuatu yang peribadi sehingga boleh menyebabkan kita jatuh. Sebaliknya, dijadikan pendorong untuk terus berusaha.

Keduanya, saya memilih orang yang tepat untuk saya rekrut. Memilih orang yang tepat tidak bermakna yang berpendidikan tinggi saja sebaliknya, mereka yang menunjukkan kesanggupan untuk berusaha. Kalau diletakkan sasaran dia akan memastikan sasaran itu dapat dicapai. Sebagai ketua yang baik saya juga perlu bijak untuk memberi motivasi kepada orang di bawah saya untuk terus bersemangat.

Jika anda berminat untuk menjadi Unit Trust Consultant, hubungi Saiful Zain 012-2328501